Yayasan Terengganu mempelawa pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dan PMR tahun 2010 untuk memohon Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu Tahun 2011.

Syarat dan kelayakan sebagaimana berikut :-

Peperiksaan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah)

1 – Tidak mengira kerakyatan bagi pelajar yang bersekolah di dalam negeri Terengganu.

2 – Terbuka juga kepada Rakyat Terengganu yang bersekolah di luar negeri Terengganu.

3 – Mendapat keputusan A dalam SEMUA mata pelajaran.

Peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah)

1 – Rakyat negeri Terengganu Darul Iman.
2 – Terbuka kpd pelajar yang bersekolah di dalam & luar negeri Terengganu.

3 – Mendapat keputusan 8A dan ke atas termasuk mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains atau mendapat Semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Borang permohonan boleh didapati di Yayasan Terengganu, Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu di talian 09-6221733 (Bahagian Pendidikan) atau hantarkan e-melkan kepada zaidy@ytrg.terengganu.gov.my

About these ads