NARATHIWAT 30 Ogos – Sekitar jam 8.30 pagi, sebuah kenderaan milik Pongsakon Pandi yang bertugas sebagai penjaga keselamatan di Pejabat Kementerian Daerah Canek, Wilayah Narathiwat telah membawa kereta keluar dari rumahnya, Kampung Kumung – Tempat 2, Mukim Gajah Putih, Daerah Canek, untuk bertugas di pejabat tersebut.

Apabila sampai di hadapan pejabat tersebut, dia memberhentikan kenderaannya supaya anggota lain dapat menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan itu. Ketika pemeriksaan dijalankan, bom yang dipercayai diletakkan dibawah kenderaan tersebut meletup.

Dalam kejadian tersebut, tiga orang pengawal cedera parah iaitu Abdullah Abdullatih, Ahamad Cekkeleh dan Adison Bado telah dibawa ke Hospital Canek untuk mendapatkan rawatan sementara Pongsakon selamat tanpa sebarang kecederaan.

Bom berkenaan telah diisi dalam besi seberat 5-7kg dan diaktifkan dengan menggunakan telefon bimbit yang terikat di bawah kenderaan tersebut. Hasil siasatan mendapati bom itu telah diletakkan pada malam harinya, dan berkemungkinan sasaran letupan adalah di pos pengawal terbabit, yang juga berada dalam kawasan Pejabat Kementerian Daerah tersebut.