KUALA LUMPUR, 2 Sept: Biarpun masih terlalu awal untuk menilai, PAS tetap melahirkan kebimbangan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, Tan Sri Ismail Omar.
“Mampukah Tan Sri Ismail Omar membebaskan diri dia dan PDRM dari kongkongan UMNO BN?”

“Kebimbangan saya, kerajaan UMNO BN akan turut memperalat beliau walaupun saya percaya beliau seorang yang sangat punya prinsip dan integriti yang tinggi,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

“Nama sahaja Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong, tapi hakikatnya dikuasai politik Umno BN,” katanya.

“Sepatutnya, dengan jasa begitu besar melindungi politik UMNO BN, Tan Sri Musa Hassan wajar dikekalkan sebagai ketua polis negara seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perlantikan Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa 13 September ini menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tidak dilanjutkan kontrak. Menurutnya lagi, realiti yang berlaku pada waktu ini jelas memperlihatkan penguasaan UMNO BN ke atas PDRM melalui kuasa menteri dalam negeri.

Biarpun Ketua Polis Negara diganti individu baru, namun katanya cara dan tindakan PDRM tetap akan sama kerana mereka masih di bawah telunjuk pemimpin UMNO BN.

P/S : Sebagai pemimpin politik yang profesional..tidak sepatutnya memberi tanggapan yang negatif terhadap suatu isu yang mungkin akan menjejaskan persepsi masyarakat terhadap pucuk pimpinan PDRM yang baru..