Rahimi Osman?

Penama ini adalah bekas pegawai khas Anwar Ibrahim mewarisi ‘Diari Merah’ (istilah popular di kalangan inner circle Anwar untuk menggambarkan betapa dekatnya hubungan dengan Anwar sebagai penjaga diari) daripada Nik Nazmi Nik Ahmad. Mula direkrut oleh Nik Nazmi sebagai pembantunya untuk mengemaskini laman blog Anwar Ibrahim setelah gagal menamatkan pengajiannya di UIA, sekitar Mac 2007.

Ketika itu, Anwar Ibrahim menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins dan Universiti Georgetown. Tetapi dalam masa sama, Anwar sekali sekala pulang bercuti di Malaysia dan membantu kerja-kerja parti. Ketika itu juga Anwar mempunyai tiga pejabat, di Washington/Dubai diuruskan oleh Aasil Kazi Ahmad, di Seksyen 16, Petaling Jaya diuruskan oleh tiga pegawai khas, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan Sim Tze Tzin.

Manakala satu lagi pejabat Anwar adalah di Phileo Damansara (Yayasan Aman) yang diuruskan oleh Nathaniel Tan (Nat). Nat juga merupakan Setiausaha Foundation For The Future yang Anwar merupakan pengerusi dan Presiden yayasan demokrasi Amerika Syarikat untuk Timur Tengah itu.

Jadi Rahimi bertugas di pejabat Anwar di Seksyen 16, Petaling Jaya. Semasa PRU 12, ketiga-ketiga pegawai khas Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ bertanding pilihanraya, maka Rahimi dilantik mengambil alih tugas Nik Nazmi sebagai pegawai khas Anwar.