Presiden NUJ, Hata Wahari berkata kesatuan itu kesal serta dukacita dengan tindakan UMNO menghalau wartawan Malaysiakini dari pusat media.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, NUJ melihat tindakan itu sebagai tindakan kebelakang dalam mendukung kebebasan media.

Menurut Hata, tindakan UMNO itu juga memperlihatkan sikap tidak mesra media dan tidak selari dengan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menutup forum antarabangsa mengenai pembentukan Warga Global: Librasasi Media dan Realiti Politik Baru semalam.

Katanya, dalam ucapan tersebut, Najib berkata media boleh memainkan peranan penting bagi menghapuskan ektremis di dunia.

“Malangnya, UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib tidak memegang prinsip yang dilaung-laungkan dan sikap-sikap itu terbukti
dengan tindakan menghalau wartawan Malaysiakini dari berada di pusat media perhimpunan agung UMNO,” tambahnya.

Sehubungan itu, NUJ mendesak agar larangan terhadap Malaysiakini dan wartawan portal berita alternatif itu ditarik balik.

“NUJ Malaysia meminta presiden UMNO bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini dan mengeluarkan arahan kepada setiausaha agung UMNO agar tindakan menghalang organisasi media untuk membuat liputan pada perhimpunan agung itu di tarik balik dengan segera,” tegas Hata – Portal Malaysiakini~

P/S : Habis tu tak kan wartawan Utusan, Berita Harian, SB..senang cerita yang mana pro kerajaan, tak kena halau dalam majlis anjuran pembangkang..??