Datuk Peter Gilmour (dua dari kanan) melepaskan peserta perlumbaan pertandingan kereta kawalan jauh sempena Piala Monsun, di Kuala Terengganu, semalam.


Gelanggang Piala Monsun, Ri-Yaz Heritage Marina Resort dan Spa kini sibuk dengan pelbagai aktiviti ketika persiapan saat terakhir dilakukan untuk menerima ribuan pengunjung yang dijangkakan sepanjang minggu ini di Kuala Terengganu.

Beberapa skipper juga sudah turun ke air, memanfaatkan kesempatan untuk mendapatkan sesi latihan tambahan menjelang acara sebenar.

Antaranya, Peter Gilmour (AUS) YANMAR Racing – juara dunia empat kali dan Adam Minoprio (NZL) ETNZ/BlackMatch Racing. Pelayar New Zealand itu adalah juara bertahan dan antara lima skipper WMRT yang tidak bertanding di Piala Sunseeker di Perth, Australia Barat.

“Tiupan angin di Perth begitu berbeza dengan apa yang kami alami di sini, jadi ia bukan persiapan terbaik bagi acara ini,” jelasnya.

“Kami begitu mengenali gelanggang ini – ia adalah kali kelima kami di sini dan setiap kali kami memperbaiki keputusan kami, berada di tempat kedua dua tahun lalu dan menjuarainya tahun lalu.

“Untuk mengekalkan kejohanan Dunia, kami perlu memenangi acara ini, dengan Mathieu tidak berada dalam kelompok tiga teratas – kami rasa begitu yakin.”

Mathieu Richard (PER) French Match Racing Team antara skipper yang membuat persiapan minit terakhir di atas air semalam – dia menggunakan Piala Sunseeker di Perth, Australia untuk mempersiapkan diri bagi Piala Monsun. Sungguh pun pasukan Perancis itu merekodkan keputusan mengecewakan di Perth, tewas 2-3 kepada Phil Robertson (NZL) WAKA Racing dalam suku akhir, jurulatih Richard, Benjamin Bonnaud, berkata pasukannya sudah memenuhi objektifnya.