Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Datuk Shaikh Ismail Muhamad dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah negeri Terengganu tahun ini.

Ketokohan beliau yang banyak memberi sumbangan dan khidmat kepada pembangunan dakwah Islam di negara ini adalah antara sebab beliau dipilih menerima anugerah itu.
Dengan anugerah itu, Shaikh Ismail menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala serta sijil penghargaan.

Manakala Muhamad Abu Bakar, 70, menerima Anugerah Tokoh Keluarga Mithali negeri Terengganu.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Khazan Che Mat dan semua hadiah telah disampaikan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam.