Category: POLITIK





Ini adalah tindakan susulan yang telah diambil oleh hampir keseluruhan AJK PKR Cabang Kuala Nerus setelah mereka melahirkan kekesalan mereka terhadap tindakan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail serta pihak JPP dan Jawatankuasa Disiplin yang dikatakan sengaja mengkhianati mereka.

Sebelum ini mereka telah mendakwa Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail telah mengambil alih mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Jawatankuasa Disiplin PKR yang asalnya diketuai oleh Dr. Molly Cheah dan beliau membuat keputusan untuk mengadakan semula Pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) di Cabang Kuala Nerus dengan memasukkan semula nama calon Ketua Cabang iaitu Muzafeq yang mana sejak dari mula lagi telah dibatalkan oleh JPP.

P/S : Mereka-mereka ini bukanlah barua-barua UMNO atau telah dibeli oleh UMNO tetapi ahli-ahli PKR yang kecewa..

ANALISIS PRK N45 GALAS



Bila hujan lebat di Hulu Kelantan, limpahan air akan mengalir ke Sungai Galas melalui Sungai Lebir sebelum bersatu ke Sungai Kelantan, yang arusnya selalu menyebabkan banjir besar di hilir Kelantan iaitu kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat dan akhirnya Kota Bharu.

Kebetulan, Gua Musang ini adalah kawasan Hulu Kelantan. Sebab itu, walaupun hujan lebat di sini, dan berita banjir heboh di Kelantan, hingga ribuan orang dipindahkan, mereka di Gua Musang aman-aman sahaja.
Di Galas, cuacanya kerap kali mendung di awal pagi, panas terik di waktu tengah hari dan hujan bermula dari petang hingga ke malam. Namum tidak berlaku lagi banjir di sini.

Langit malam memang gelap kerana tiada bintang dan bulan langsung tidak kelihatan, hanya lambang bulan bendera PAS sahaja yang ada dan ‘bulan’ itupun selalunya basah kuyup dek kerana hujan.

STRATEGI KEMPEN BN MENGENA

Ramai yang berpendapat strategi kempen yang digerakkan Pengarah Pilihanraya BN Galas Tengku Razaliegh Hamzah memang memberi kesan maksimum di sini.

Berkempen secara sederhana, dari rumah ke rumah, dalam kelompok kecil-kecilan lebih berkesan dari ceramah umum dan program besar-besaran di kawasan terbuka pada musim tengkujuh ini.

Bekas ahli parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof mengaku bahwa pendekatan Ku Li di Galas memang boleh jadi ikutan dalam pilihanraya kecil akan datang.

Katanya, sebelum ini BN dan pembangkang sering serang menyerang menggunakan ceramah umum tapi di Galas, hanya pembangkang yang berceramah.

“BN pergi dari rumah ke rumah jawab apa yang PAS kata, sudahnya orang kampung tak keluar lagi dengar ceramah pembangkang sebab kita sudah terang isunya pada mereka,” kata beliau ketika ditemui Agendadaily.

Galas yang seluas Negeri Sembilan dengan taburan penduduk berkelompok, serta berbukit bukau memang menjadi cabaran kepada jentera parti politik untuk berkempen.

Terdapat 13 peti undi, dengan empat daripadanya adalah majoriti Orang Asli yang mempunyai 1,958 pengundi.

Strategi kempen Ku Li adalah jentera kempen di peti undi, Ketua Peti Undi yang dilantik diberikan kuasa untuk menentukan bentuk program yang sesuai untuk kawasan itu.

“Saya percaya sepenuhnya orang yang saya lantik, saya hanya pantau laporan harian dan mingguan sahaja, jika ada masalah dan Ketua Peti Undi tidak dapat selesaikan, baru kita akan bantu,” kata Ku Li ditanya mengenai pendekatan kempennya kepada media petang Rabu.

Memang masalah sentiasa ada, kata Ku Li, kerana pendekatan itu melibatkan ramai orang dengan berbagai kerenah.

“Sebab itu saya kata, jika ada masalah baru kita masuk campur, bantu dan cuba selesaikan,” jelas beliau.

Menurut pegawai khas ahli parlimen Gua Musang itu, Lukman Ghani, ada pasukan kedua yang dibentuk sebagai barisan simpanan yang beroperasi sepenuhnya dari pejabat UMNO bahagian.

“Jika kita dapati peti undi tidak bergerak, maka pasukan kedua itu akan ambil alih kerja-kerja kempen tersebut,” ujar beliau.

PAS SALAH CATUR

Galas yang mempunyai 11,553 pengundi dengan 7,069 pengundi Melayu, 2,262 pengundi Cina, 1,79 pengundi India, 1,958 pengundi Orang Asli dan 33 lain-lain kaum.

Pendekatan Ku Li yang menyusup perlahan-lahan di dalam masyarakat itu turut diakui keberkesanannya oleh Pengarah Pilihanraya PAS Dun Galas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Kata Halim, Ku Li menggunakan orang kepercayaannya, dan di bawah seorang itu ada 10 lagi yang berkerja untuk menyusup ke dalam masyarakat.

“Kita kenal orang-orang ini dan kita sedang pantau aktiviti mereka,” katanya dalam satu taklimat media beberapa hari lalu.

Jika itu pendekatan kempen BN, PAS di Galas pula bagaikan hilang sentuhan mereka untuk menawan hati penduduk di sini.

Sejak hari pengumuman calon lagi, ada macam-macam masalah kedengaran. Soal calon yang tidak dipersetujui oleh ahli sendiri, jentera tempatan yang tidak bergerak hinggakan kepada percaturan strategi yang salah.

PAS masih mengamalkan cara lama dalam berkempen, iaitu dengan menggunakan nama-nama besar tokoh politik pembangkang untuk berceramah di pihak mereka.

Semua tokoh utama Pakatan Rakyat turun berceramah di Galas, tapi keberkesanannya menjadi bahan bualan di kalangan wartawan.

Misalnya, ceramah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinting di peringkat awal kempen yang hadirnya cuma 200 orang.

Jika ditolak orang luar, mungkin hanya 100 orang sahaja pengundi, sepanjang tempoh berkempen dari 26 Oktober hingga 3 November, tidak ada ceramah pembangkang yang mampu himpun lebih 2000 orang.

Kenapa orang tidak keluar? Jawapannya mudah, pertama kerana musim hujan jadi ceramah umum di tempat terbuka bukan strategi yang bijak.

Sedangkan di pihak BN, Ku Li berkali-kali pesan kepada jentera, satu undi pun penting, dan undi semua kaum adalah sama.

“Jangan tumpu kepada satu-satu kaum sahaja, semua undi adalah penting untuk BN,” kata Ku Li.

Hingga kini, hari terakhir kempen, semua tanda-tanda yang menjadi pengukur kemenangan berpihak kepada BN.

Maklum balas yang dikumpul sepanjang tempoh berkempen menunjukkan BN mendahului PAS di Galas.

Ada yang kata, 52 peratus BN, 48 peratus PAS. Satu yang pasti, kajian lapangan penyelidik Ilham Centre yang pro PAS sendiri mendapati BN di depan dalam pilihanraya kecil ini.

Hujan lebat di malam akhir kempen, tambah melukakan PAS kerana bulan yang ditunggu-tunggu tidak muncul di sini.

Berdasarkan analisis terakhir selepas tempoh berkempen tamat. BN kata orang yang tahu, boleh menang antara 800 ke 1200 undi.

Benarkah ramalan itu, sama-samalah kita tunggu~

Sumber : Helme Nanafi – Agenda Daily


Isu IFF dan pakaian yang menghina nama Nabi Muhammad SAW menjadi panas dan kita sepatutnya setuju mengenai bantahan yang dilakukan oleh mereka tanpa mengenal batas politik.

Sebelum ini, penganjur IFF, Datuk Raja Rezza Shah dipersalahkan tanpa mengaitkan Ds Rosmah.

Namun setelah meneliti beberapa kes yang penganjuran majlis ataupun upacara pembabitan beberapa nama sebagai ‘penaung’ maka kaitan ‘penaung’ amat releven seperti yang dibangkitkan oleh pihak yang membantah.
‘Penaung’ haruslah bertanggungjawab dalam apa-apa isu atau masalah yang berbangkit.

Justeru Ds Rosmah harus bertanggungjawab mengenai isu ini. Demi menjaga kesucian agama dan imej negara Malaysia sebagai negara Islam. Ds Rosmah dengan rendah diri dan penuh keinsafan harus memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam yang tersinggung.

Diharap kesilapan ini tidak akan berlaku lagi dan pihak penganjur harus mengambil penasihat agama seperti mana saranan Dr Maza untuk mengelakkan daripada kejadian yang sama berlaku.

Untuk maklumat lanjut : http://amenoworld.blogspot.com/

ISLAMIC FASHION FESTIVAL


Gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang dianjurkan di Monte Carlo pada 9 OGOS 2010. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Monaco.

Anda boleh melihat gambar-gambar yang sebenar dan amat berbeza lokasi termasuk backdrop.


Berikut pula gambar-gambar Islamic Fashion Festival di Kuala Lumpur. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Malaysia.

Sumber : http://www.islamicfashionfestival.com.my

P/S : Pikir dan kaji dulu sebelum sebarang isu dibangkitkan membuta-tuli..mainan politik semata-mata~


Presiden NUJ, Hata Wahari berkata kesatuan itu kesal serta dukacita dengan tindakan UMNO menghalau wartawan Malaysiakini dari pusat media.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, NUJ melihat tindakan itu sebagai tindakan kebelakang dalam mendukung kebebasan media.

Menurut Hata, tindakan UMNO itu juga memperlihatkan sikap tidak mesra media dan tidak selari dengan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menutup forum antarabangsa mengenai pembentukan Warga Global: Librasasi Media dan Realiti Politik Baru semalam.

Katanya, dalam ucapan tersebut, Najib berkata media boleh memainkan peranan penting bagi menghapuskan ektremis di dunia.

“Malangnya, UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib tidak memegang prinsip yang dilaung-laungkan dan sikap-sikap itu terbukti
dengan tindakan menghalau wartawan Malaysiakini dari berada di pusat media perhimpunan agung UMNO,” tambahnya.

Sehubungan itu, NUJ mendesak agar larangan terhadap Malaysiakini dan wartawan portal berita alternatif itu ditarik balik.

“NUJ Malaysia meminta presiden UMNO bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini dan mengeluarkan arahan kepada setiausaha agung UMNO agar tindakan menghalang organisasi media untuk membuat liputan pada perhimpunan agung itu di tarik balik dengan segera,” tegas Hata – Portal Malaysiakini~

P/S : Habis tu tak kan wartawan Utusan, Berita Harian, SB..senang cerita yang mana pro kerajaan, tak kena halau dalam majlis anjuran pembangkang..??


KOMEN ANDA TENTANG UMNO


Sempena dengan perhimpunan agung UMNO akan datang, Selasa ini.

Sila nyatakan sebarang komen dan kritikan tentang prestasi UMNO pasca Mac 2008.
Cadangan penambahbaikan amat dialu-alukan.

Luahkan pendapat sepuas-puasnya!

Siapa RAHIMI OSMAN..??


Rahimi Osman?

Penama ini adalah bekas pegawai khas Anwar Ibrahim mewarisi ‘Diari Merah’ (istilah popular di kalangan inner circle Anwar untuk menggambarkan betapa dekatnya hubungan dengan Anwar sebagai penjaga diari) daripada Nik Nazmi Nik Ahmad. Mula direkrut oleh Nik Nazmi sebagai pembantunya untuk mengemaskini laman blog Anwar Ibrahim setelah gagal menamatkan pengajiannya di UIA, sekitar Mac 2007.

Ketika itu, Anwar Ibrahim menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins dan Universiti Georgetown. Tetapi dalam masa sama, Anwar sekali sekala pulang bercuti di Malaysia dan membantu kerja-kerja parti. Ketika itu juga Anwar mempunyai tiga pejabat, di Washington/Dubai diuruskan oleh Aasil Kazi Ahmad, di Seksyen 16, Petaling Jaya diuruskan oleh tiga pegawai khas, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan Sim Tze Tzin.

Manakala satu lagi pejabat Anwar adalah di Phileo Damansara (Yayasan Aman) yang diuruskan oleh Nathaniel Tan (Nat). Nat juga merupakan Setiausaha Foundation For The Future yang Anwar merupakan pengerusi dan Presiden yayasan demokrasi Amerika Syarikat untuk Timur Tengah itu.

Jadi Rahimi bertugas di pejabat Anwar di Seksyen 16, Petaling Jaya. Semasa PRU 12, ketiga-ketiga pegawai khas Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ bertanding pilihanraya, maka Rahimi dilantik mengambil alih tugas Nik Nazmi sebagai pegawai khas Anwar.

Nik Aziz mahu sertai UMNO..


Murshidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan menyerah dan bergabung dengan UMNO Sekiranya UMNO boleh membuang identiti nasionalis dan menjadikan Islam sebagai ideologi.

“Di hari yang sama UMNO berbuat demikian, saya akan bubarkan PAS pada hari yang sama dan berjuang untuk Islam bersama-sama dengan UMNO,” kata Menteri Besar Kelantan itu.

Nik Aziz telah membuat kenyataan yang sama sebelum ini, beliau menasihati pemimpin UMNO lebih baik untuk membubarkan parti mereka untuk bergabung dengan PAS, atau UMNO meninggalkan ideologi bangsa maka PAS sudah tidak ada sebarang alasan untuk meneruskan perjuangannya.

Nik Aziz berkata Namun UMNO telah terpaut berjuang untuk supremasi Melayu dan bangga dalam perkauman sempit dengan nyanyian seperti “Hidup Melayu!” (“Hidup Melayu”).

“Sehingga hari ini, tidak bersedia untuk menukar perjuangan yang berdasarkan Islam.

“Di mana semangat Islam dalam UMNO?” tanya Nik Aziz.

Nik Aziz berkata UMNO telah membingungkan masyarakat Muslim Melayu.

“Apa yang membingungkan umat Islam adalah ketika UMNO menyebut dirinya sebagai pembela Islam tetapi menolak Islam, misalnya hukum Hudud,” jelasnya.

Nik Aziz juga menyatakan bahawa tidak ada dalam perlembagaan Persekutuan yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah “sekular”, mengulas kenyataan pakar perlembagaan Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi dan seharusnya dianjurkan sebagai asas untuk pentadbiran negara.

“Mengapa pemimpin UMNO meremehkan kenyataan ini?,” Katanya.

Dia mengatakan UMNO diadakan pada sekularisme, menerima Islam berdasarkan kepentingan mereka sendiri, dan mengatakan ini adalah alasan yang cukup bagi masyarakat untuk memilih keluar UMNO dalam pilihan raya akan datang.

“UMNO harus malu bahawa India [non-muslim] seperti Balasundram (dari DHPP) bersedia untuk mengadakan seminar untuk menerangkan sistem kehakiman Islam kepada mereka yang belum memahami bagaimana kewajaran undang-undang Islam.

P/S : Bersatulah demi bangsa, agama dan negara tanpa kepentingan politik masing-masing..