Archive for October, 2010



Isu IFF dan pakaian yang menghina nama Nabi Muhammad SAW menjadi panas dan kita sepatutnya setuju mengenai bantahan yang dilakukan oleh mereka tanpa mengenal batas politik.

Sebelum ini, penganjur IFF, Datuk Raja Rezza Shah dipersalahkan tanpa mengaitkan Ds Rosmah.

Namun setelah meneliti beberapa kes yang penganjuran majlis ataupun upacara pembabitan beberapa nama sebagai ‘penaung’ maka kaitan ‘penaung’ amat releven seperti yang dibangkitkan oleh pihak yang membantah.
‘Penaung’ haruslah bertanggungjawab dalam apa-apa isu atau masalah yang berbangkit.

Justeru Ds Rosmah harus bertanggungjawab mengenai isu ini. Demi menjaga kesucian agama dan imej negara Malaysia sebagai negara Islam. Ds Rosmah dengan rendah diri dan penuh keinsafan harus memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam yang tersinggung.

Diharap kesilapan ini tidak akan berlaku lagi dan pihak penganjur harus mengambil penasihat agama seperti mana saranan Dr Maza untuk mengelakkan daripada kejadian yang sama berlaku.

Untuk maklumat lanjut : http://amenoworld.blogspot.com/

ISLAMIC FASHION FESTIVAL


Gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang dianjurkan di Monte Carlo pada 9 OGOS 2010. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Monaco.

Anda boleh melihat gambar-gambar yang sebenar dan amat berbeza lokasi termasuk backdrop.


Berikut pula gambar-gambar Islamic Fashion Festival di Kuala Lumpur. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Malaysia.

Sumber : http://www.islamicfashionfestival.com.my

P/S : Pikir dan kaji dulu sebelum sebarang isu dibangkitkan membuta-tuli..mainan politik semata-mata~


Presiden NUJ, Hata Wahari berkata kesatuan itu kesal serta dukacita dengan tindakan UMNO menghalau wartawan Malaysiakini dari pusat media.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, NUJ melihat tindakan itu sebagai tindakan kebelakang dalam mendukung kebebasan media.

Menurut Hata, tindakan UMNO itu juga memperlihatkan sikap tidak mesra media dan tidak selari dengan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menutup forum antarabangsa mengenai pembentukan Warga Global: Librasasi Media dan Realiti Politik Baru semalam.

Katanya, dalam ucapan tersebut, Najib berkata media boleh memainkan peranan penting bagi menghapuskan ektremis di dunia.

“Malangnya, UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib tidak memegang prinsip yang dilaung-laungkan dan sikap-sikap itu terbukti
dengan tindakan menghalau wartawan Malaysiakini dari berada di pusat media perhimpunan agung UMNO,” tambahnya.

Sehubungan itu, NUJ mendesak agar larangan terhadap Malaysiakini dan wartawan portal berita alternatif itu ditarik balik.

“NUJ Malaysia meminta presiden UMNO bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini dan mengeluarkan arahan kepada setiausaha agung UMNO agar tindakan menghalang organisasi media untuk membuat liputan pada perhimpunan agung itu di tarik balik dengan segera,” tegas Hata – Portal Malaysiakini~

P/S : Habis tu tak kan wartawan Utusan, Berita Harian, SB..senang cerita yang mana pro kerajaan, tak kena halau dalam majlis anjuran pembangkang..??



Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, ROKOK juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes ROKOK lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap.

Philip Morris dan Atria Group menjadi syarikat rokok terbesar di dunia, mengatasi British American Tobacco dan Japan Tobacco. Penguasaan zionis melalui bisnes tembakau dan rokok dieksploitasi sepenuhnya oleh Philip Morris.

Yahudi tidak kisah dengan 400,000 kematian setiap tahun di Amerika Syarikat. Ia adalah syarikat Yahudi dan masih wujud sehingga kini. Diberi bantuan yang sangat besar oleh pelobi dan penyokong Yahudi di Kongres. Mereka tahu produk mereka adalah pembunuh tetapi masih mengisytiharkannya sebagai memberi keuntungan kepada ekonomi.

P/S : Mujahadah diri terlebih dahulu, sebelum bangun untuk berjihad menubuhkan pemerintahan Islam..bebaskan diri sepenuhnya dari elemen Barat/Yahudi terlebih dahulu..


Sempena dengan perhimpunan agung UMNO akan datang, Selasa ini.

Sila nyatakan sebarang komen dan kritikan tentang prestasi UMNO pasca Mac 2008.
Cadangan penambahbaikan amat dialu-alukan.

Luahkan pendapat sepuas-puasnya!


Moga Allah melindungi Adik Lee Xin Ru, harap sebarkan berita kehilangan kanak kanak ini dan agar dapat membantu pihak polis menyiasat akan kehilangan anak kecil ini.

Sama samalah kita mengambil perhatian yang serius agar menjaga keselamatan anak anak moga perkara ini tidak berlaku terhadap diri kita.


Semua sedia maklum dengan pengganti Waja yang dikatakan mirip Mitsubishi Lancer dikatakan bakal dijual bawah RM80,000 dan akan dilancarkan secara rasmi 10 November ini. Mengikut sumber Utusan, terdapat 3 varian model iaitu model 1.8 liter automatik dan manual serta model 2.0 automatik. Bagi model automatik, harganya adalah dibawah RM95,000.

Bermula Khamis ini, pembeli yang berminat bolehlah membuat tempahan awal dengan pendahuluan RM1000 di semua rangkaian Proton Edar seluruh negara.

Sasaran 1000 unit jualan sebulan mungkin boleh dicapai jika dilihat daripada bentuk menarik Lancer yang cuma dibuat perubahan minimum sahaja.

SAMA-SAMA KITA AMALKAN



Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit.

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan.”
(Riwayat Abu Sunnah)

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang ‘memungut’ ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik.”

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.

Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.

Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.

Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.

Jangan sesekali meminta kepada orang biasa atau dukun pengamal mistik yang mengaku mempunyai ilmu ghaib. Barang siapa mendatangi mereka maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.

Sementara itu, jangan berubat dengan benda haram, misalnya alkohol, binatang atau benda lain yang diharamkan Allah kerana Allah yang menciptakan penyakit tidak menjadikan yang haram sebagai penyembuh.

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepadanya:
“Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada.” (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan ‘Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya.”

Dan dalam hadis lain, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa.” (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)

Sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai seorang Rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.

Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.