Archive for October, 2010



BANGKOK 11 Okt. – Beribu-ribu aktivis antikerajaan Thailand berhimpun di Bangkok semalam bagi menuntut pembebasan penunjuk perasaan yang ditahan kerana peranan mereka dalam demonstrasi dan pertempuran berdarah dengan pihak tentera.

Kumpulan ‘Baju Merah’ berarak dari persimpangan Ratchaprasong ke Tugu Demokrasi, kawasan di mana 91 orang daripada kedua-dua pihak terbunuh dan hampir 2,000 cedera pada pertempuran April dan Mei lalu, kejadian ganas yang menandakan keganasan politik paling buruk dalam sejarah moden negara berkenaan.

Ia adalah perhimpunan kedua terbesar sejak 19 September lalu, apabila sekurang-kurangnya 10,000 orang berkumpul, yang hampir memberi kuasa kuat kepada sebuah pergerakan yang boleh menghalang usaha menamatkan krisis politik lima tahun di Thailand.

Perhimpunan itu berlangsung di beberapa tempat di mana kira-kira 175 orang ditahan kerana terbabit dalam bantahan, pertempuran dan keganasan. Antara mereka yang ditahan termasuk 20 pemimpin Baju Merah.

Perhimpunan semalam berlangsung tanpa keganasan dan nampak seolah-olah tiada pemimpin yang ketara, tanpa pentas atau pembesar suara, yang diharamkan di bawah undang-undang keselamatan. Polis antikeganasan mengepung kawasan itu ketika kira-kira 7,000 orang sedang berkumpul, menurut anggaran polis.

Penunjuk perasaan mengedarkan gambar dan cakera padat pertempuran maut dengan tentera dan mengikat riben merah pada pokok. Mereka bercadang untuk menyalakan 20,000 lilin bagi mengingati penunjuk perasaan yang terkorban dalam demonstrasi selama 10 minggu di Bangkok.

Penunjuk perasaan itu, kebanyakannya menyokong bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, berkata demokrasi dan badan kehakiman dicemari pihak yang ditentang mereka dan mendesak agar diadakan pilihan raya segera.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva enggan mengadakan pilihan raya sehingga keamanan dicapai.

Bangkok dan kawasan sekitarnya menyaksikan 16 pengeboman kecil sejak bantahan berakhir 19 Mei lalu tetapi satu letupan kuat di pinggir bandar raya Selasa lalu, yang mengorbankan empat orang dan mencederakan sembilan orang, menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku lagi kejadian ganas oleh kumpulan radikal antikerajaan.


Ucapan takziah kepada ahli keluarga Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya tengah hari tadi.

PBS kehilangan seorang pemimpin yang juga bendahari parti yang memenangi kerusi parlimen Baru Sapi pada PRU12 2010.



Rahimi Osman?

Penama ini adalah bekas pegawai khas Anwar Ibrahim mewarisi ‘Diari Merah’ (istilah popular di kalangan inner circle Anwar untuk menggambarkan betapa dekatnya hubungan dengan Anwar sebagai penjaga diari) daripada Nik Nazmi Nik Ahmad. Mula direkrut oleh Nik Nazmi sebagai pembantunya untuk mengemaskini laman blog Anwar Ibrahim setelah gagal menamatkan pengajiannya di UIA, sekitar Mac 2007.

Ketika itu, Anwar Ibrahim menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins dan Universiti Georgetown. Tetapi dalam masa sama, Anwar sekali sekala pulang bercuti di Malaysia dan membantu kerja-kerja parti. Ketika itu juga Anwar mempunyai tiga pejabat, di Washington/Dubai diuruskan oleh Aasil Kazi Ahmad, di Seksyen 16, Petaling Jaya diuruskan oleh tiga pegawai khas, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan Sim Tze Tzin.

Manakala satu lagi pejabat Anwar adalah di Phileo Damansara (Yayasan Aman) yang diuruskan oleh Nathaniel Tan (Nat). Nat juga merupakan Setiausaha Foundation For The Future yang Anwar merupakan pengerusi dan Presiden yayasan demokrasi Amerika Syarikat untuk Timur Tengah itu.

Jadi Rahimi bertugas di pejabat Anwar di Seksyen 16, Petaling Jaya. Semasa PRU 12, ketiga-ketiga pegawai khas Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ bertanding pilihanraya, maka Rahimi dilantik mengambil alih tugas Nik Nazmi sebagai pegawai khas Anwar.


JERTIH : Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut.

Ayah Pin yang kelihatan uzur kerana menghidap penyakit kencing manis, ditemui wakil Berita Harian ketika menyertai seorang sau-dara terdekat ke perkampungan berkenaan pada Isnin lalu.

Pertemuan dengan Ayah Pin yang berusia 70 tahun berlangsung di sebuah warung di perkampungan kumpulan itu mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Mereka berkumpul di warung berkenaan untuk mendengar ajaran Ayah Pin.

Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis.

Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.

Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.

Ketika pertemuan itu, Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat.

“Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

“Semua agama di muka bumi ini adalah sama. Semua pengikut hendaklah sentiasa beramal ke arah kebaikan, mencari bekalan sebelum mati agar sentiasa berada dalam keselesaan di akhirat. Hak orang jangan diganggu, jangan memfitnah orang dan carilah jalan damai sepanjang masa,” katanya.

Ayah Pin turut mendakwa dia tidak ditahan pihak berkuasa di Terengganu kerana tidak mengancam keselamatan negara.

Dia berkata pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadapnya pada bila-bila masa kerana dia tinggal di kampung itu.

Selepas selesai majlis itu, semua pengikutnya mengangkat sembah tiga kali dan mencium tangan Ayah Pin sebelum beredar. Ada antara mereka menyampaikan sumbangan kewangan kepada Ayah Pin.

Difahamkan, sekurang-kurangnya empat rumah disewakan kepada pengikut ajaran terbabit yang datang dari jauh untuk bermalam di kawasan itu.

Pada 2005, pihak berkuasa memusnahkan perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin yang dipenuhi pelbagai monumen termasuk Bahtera Nabi Noh, Telaga Zam-Zam dan Kendi Gergasi.

Namun, ketika itu Ayah Pin dikatakan menghilangkan diri tetapi beberapa pengikutnya termasuk isterinya ditahan dan didakwa di mahkamah – BH


YALA 7 Okt. – Sekumpulan lelaki disyaki militan menembak mati sekurang-kurangnya lima penduduk awam dalam kejadian serangan di seluruh wilayah selatan Thailand yang dilanda bermasalah.

Dalam kejadian petang kelmarin di Yala, seorang lelaki Islam berusia 33 tahun ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari satu majlis. Mangsa mati di tempat kejadian.

Sementara itu dalam kejadian lain pada waktu yang sama, seorang penduduk lelaki berusia 43 tahun yang juga ketua pentadbiran tempatan ditembak mati di rumahnya di wilayah Pattani.
Juga di Pattani, tiga penduduk Buddha terbunuh ketika dalam perjalanan menghantar bekalan ayam ke sebuah rumah penyembelihan pada malam kelmarin.

Keganasan baru di wilayah paling selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia itu berlaku ketika seorang komander baru mengambil alih tugas dalam pasukan bersenjata Thailand yang ditempatkan di sempadan.

Lebih 4,300 penduduk, kebanyakan adalah penduduk awam dan kakitangan keselamatan dibunuh di wilayah dengan majoriti penduduk Islam itu sejak kebangkitan pemisah yang tercetus kira-kira enam tahun lalu.

LIMA MARTABAT ZIKIR


1. Berzikir dengan lidah tanpa dengan hati.

2. Berzikir dengan hati tanpa dengan lidah.

3. Berzikir dengan akal.

4. Berzikir dengan cara rahsia.

5. Berzikir dengan ‘ain mazkur’ (iaitu diri Allah SWT)

Kitab Al-Hikam : M/S 110

Nik Aziz mahu sertai UMNO..


Murshidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan menyerah dan bergabung dengan UMNO Sekiranya UMNO boleh membuang identiti nasionalis dan menjadikan Islam sebagai ideologi.

“Di hari yang sama UMNO berbuat demikian, saya akan bubarkan PAS pada hari yang sama dan berjuang untuk Islam bersama-sama dengan UMNO,” kata Menteri Besar Kelantan itu.

Nik Aziz telah membuat kenyataan yang sama sebelum ini, beliau menasihati pemimpin UMNO lebih baik untuk membubarkan parti mereka untuk bergabung dengan PAS, atau UMNO meninggalkan ideologi bangsa maka PAS sudah tidak ada sebarang alasan untuk meneruskan perjuangannya.

Nik Aziz berkata Namun UMNO telah terpaut berjuang untuk supremasi Melayu dan bangga dalam perkauman sempit dengan nyanyian seperti “Hidup Melayu!” (“Hidup Melayu”).

“Sehingga hari ini, tidak bersedia untuk menukar perjuangan yang berdasarkan Islam.

“Di mana semangat Islam dalam UMNO?” tanya Nik Aziz.

Nik Aziz berkata UMNO telah membingungkan masyarakat Muslim Melayu.

“Apa yang membingungkan umat Islam adalah ketika UMNO menyebut dirinya sebagai pembela Islam tetapi menolak Islam, misalnya hukum Hudud,” jelasnya.

Nik Aziz juga menyatakan bahawa tidak ada dalam perlembagaan Persekutuan yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah “sekular”, mengulas kenyataan pakar perlembagaan Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi dan seharusnya dianjurkan sebagai asas untuk pentadbiran negara.

“Mengapa pemimpin UMNO meremehkan kenyataan ini?,” Katanya.

Dia mengatakan UMNO diadakan pada sekularisme, menerima Islam berdasarkan kepentingan mereka sendiri, dan mengatakan ini adalah alasan yang cukup bagi masyarakat untuk memilih keluar UMNO dalam pilihan raya akan datang.

“UMNO harus malu bahawa India [non-muslim] seperti Balasundram (dari DHPP) bersedia untuk mengadakan seminar untuk menerangkan sistem kehakiman Islam kepada mereka yang belum memahami bagaimana kewajaran undang-undang Islam.

P/S : Bersatulah demi bangsa, agama dan negara tanpa kepentingan politik masing-masing..

Parti yang memimpin?


Petikan Harakah Daily – 2 Okt. 2010
“Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang” tegasnya ketika merasmikan Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 di Masjid Rusila, malam tadi – Haji Hadi Awang

Parti yang memimpin? Menjadi teras? Itulah anggapan presiden parti yang dirasakan tidak dapat membuat apa-apa dalam pakatan. Baru saja buka mulut tentang hudud terus disergah Kit Siang, Karpal..memimpin dan teraskah begitu?

P/S : Lupakan sengketa, bersatulah demi bangsa dan agama…insyaAllah~


KUALA LUMPUR 30 sept – PDRM telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung kes seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana boleh menggugat ketenteraman kaum.

Pihaknya telah mengarahkan polis Sarawak mengambil tindakan sewajarnya, ujar beliau sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

‘Kita telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan paderi terbabit dan ia dikendalikan oleh polis Sarawak untuk siasatan di bawah Akta Hasutan,’ kata Datuk Seri Mohd Bakri kepada akhbar itu.

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata kelmarin polis telah diarah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat tindakan paderi itu.

Beliau berkata ceramah yang dimuat naik ke laman web YouTube itu satu tindakan biadab dan boleh menggugat keharmonian kaum di Malaysia.

Beliau telah meminta polis merujuk kepada pejabat Peguam Negara bagi merangka tindakan yang boleh diambil terhadap paderi terbabit.

Akhbar telah melaporkan pendedahan presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Encik Zainol Abideen, mengenai tindakan paderi itu, Encik Benjamin Stephen, yang didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Encik Zainol dalam blognya http://mahaguru58.blogspot.com meminta pihak berkuasa Malaysia bertindak mengenai perkara tersebut, lapor Utusan Malaysia.

SKMM juga telah diarah membuat siasatan segera berhubung klip video itu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bahawa beliau telah mengarahkan SKMM merekod perkara-perkara perlu, seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pula berkata bukti kukuh penting untuk menghadapkan paderi berkenaan ke muka pengadilan kerana ‘kita tidak mahu ada benda penting yang tercicir supaya paderi berkenaan akan dapat disabitkan dengan kesalahan serta menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya bersama-sama menjaga sensitiviti agama’.